Macam-macam mabuk berlaku di dunia
Ramai manusia yang tidak lepas darinya
Semuanya meruntuhkan fikiran dan jiwa manusia
Apabila mabuk itu menimpa manusia
Manusia lupa di dalam kesedarannya
Di waktu itu tiada ibu bapa walaupun ada
Tiada keluarga, tiada saudara, tiada teman seia sekata
Ada mabuk harta, ada mabuk nama, ada mabuk takhta
Tidak kurang yang mabuk dadah, mabuk arak, mabuk betina
Tapi malangnya yang ditakuti hanya mabuk dadah sahaja
Apabila manusia itu mabuk dengan bermacam-macam tadi
Agama tinggal sebutan
Iman dan Islam setakat slogan
Islam setakat forum-forum dan syarahan-syarahan
Di waktu itu manusia membuat gejala-gejala masyarakat berbagai-bagai bentuknya
Untuk menghukum manusia yang sudah ramai mabuk-mabuk
Moga-moga mereka sedar di atas kesalahan yang telah dilakukan
Agar segala bentuk yang memabukkan itu ditinggalkan
Dan semua orang kembali kepada Tuhan
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi